Semua PLC Perlu adakan Mesyuarat Agung Secara Hibrid Atau Fizikal Mulai 1 Mac 2025

040e8cc1b99ad387411e6e226a6e8486668e7cb982100

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Iteenews) — Semua syarikat awam tersenarai (PLC) di Bursa Malaysia perlu mengadakan mesyuarat agung secara hibrid atau fizikal mulai 1 Mac, 2025, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd.

Menerusi kenyataan bersama pada Jumaat, SCdan Bursa Malaysia menjelaskan keperluan ituakan diguna pakai untuk semua mesyuarat agung PLC di Pasaran Utama dan ACE Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia akan memberikan butiran lanjut dalam masa terdekat.

Menurut kedua-dua pihak itu,semasa tempoh pandemik COVID-19, PLC dibenarkan menjalankan mesyuarat agung secara maya.

Bagaimanapun, apabila pandemik telah berakhir, lebih daripada 50 peratus PLC didapati masih menjalankan mesyuarat agung tahunan (AGM)secara maya sepenuhnya pada separuh pertama 2024, jelasnya.

Pengerusi SC Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata walaupun mesyuarat secara maya mencapai matlamatnya semasa pandemik, sudah tiba masanya untuk PLC beralih kepada format mesyuarat secara hibrid atau fizikal.

“Mesyuarat pemegang saham, terutama AGM, adalah sesi penting untuk melibatkan lembaga pengarah dan pengurusan.

“Pelabur domestik dan antarabangsa juga telah menyatakan keutamaan mereka untuk menjalankan mesyuarat secara hibrid atau fizikal. Ini dapat memperkukuh tadbir urus yang baik dengan menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti,” katanya dalam kenyatan yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift pulaberkata bursa menyokong penuh pendekatan secara hibrid kerana ia mencapai keseimbangan tepat antara kebolehcapaian dan penglibatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *