Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Daniel Gooi Zi Sen (tengah) menyaksikan Pengerusi Kumpulan MTT Group of Companies, Datuk Seri Kenny Ong Kean Lee (dua, kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SELGATE, Datuk Noor Hisham Mohd Ghouth (dua, kanan) bertukar dokumen selepas menandatangani perjanjian bagi pembangunan dan pajakan Hospital Pakar SELGATE Pulau Pinang hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate, Datuk Noor Hisham Mohd Ghouth ditemu bual pemberita pada majlis menandatangani perjanjian bagi pembangunan dan pajakan Hospital Pakar SELGATE Pulau Pinang antara MTT Properties & Development Sdn Bhd dengan SELGATE Healthcare Sdn Bhd hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA Pengerusi Kumpulan MTT Group of Companies, Datuk Seri Kenny Ong Kean Lee ditemu bual pemberita pada majlis menandatangani perjanjian bagi pembangunan dan pajakan Hospital Pakar SELGATE Pulau Pinang antara MTT Properties & Development Sdn Bhd dengan SELGATE Healthcare Sdn Bhd hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
GEORGE TOWN, 13 Jan (Iteenews) –Selgate Corp Sdn Bhd (Selgate Corp), melalui anak syarikat penjagaan kesihatannya,Selgate Healthcare Sdn Bhdmenandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersamaMTT Properties and Development Sdn Bhd (MTT Properties) bagimembina sebuah hospital pakar swasta di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate Corp, Datuk Noor Hisham Mohd Ghouth berkata Hospital Pakar Selgate Pulau Pinang dijangka siap pada 2028 dan akan menambah kira-kira 172 katil serta menawarkan 31 kepakaran dalam operasi penjagaan kesihatannya.
Beliau berkata kos pembinaan hospital berkenaan berjumlah RM130 juta dan lokasi hospital tersebut akan menyediakan akses yang mudah untuk pesakit antarabangsa kerana lokasinya strategik iaitu berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
"Selgate berhasrat untuk menjadi satu daripada pengendali penjagaan kesihatan swasta terkemuka di Malaysia dan kami berusaha untuk menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti yang mampu milik serta mengisi kekosongan di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan.
"Hospital Pakar Selgate Pulau Pinang merupakan tambahan penting kepada visi kami untuk menubuhkan lapan hospital di seluruh negara menjelang 2030dengan dua hospital yang pertama di Rawang dan Sepang (Selangor) yangdibuka pada2023," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU bersama Pengerusi Kumpulan MTT Properties, Datuk Seri Kenny Ong Kean Leedi sini hari ini.
Majlis tersebut disaksikan oleh Pengerusi JawatankuasaBelia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen.
Nor Hisham berkata kerjasamaini menekankan komitmen bersama bagimenyediakan penjagaan kesihatan yang luar biasasementara MTT Properties akan mengetuai pembangunan dan penyewaan kemudahan.
Dalam pada itu, katanya Selgate Healthcare pula bersediamemainkan peranan sebagai pengendali hospital bagi memastikan ia menjadi mercu tanda penjagaan dan kecemerlangan.