Sektor Semikonduktor Malaysia Mampu Tingkat Landskap Teknologi Asia Tenggara – Pakar Reka Bentuk Ic

b0b462647c6ce4cb0d87fe2d75e4c40a67106a3dd8aed Kredit : SIDEC 960fb9d15cee77f0681534912aaa1fa467106a2db9c7d Kredit : SIDEC

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Iteenews) — Sektor semikonduktor Malaysia berpotensi meningkatkan landskapteknologi Asia Tenggara, demikian kata pakarpemain industri reka bentuk litar bersepadu (IC) Skyechip, Weeroc dan Chipsbank di Konvensyen Ekonomi Digital dan Bandar Pintar Selangor (SDEC) 2024 hari ini.

DianjurkanPerbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec), hari pertama konvensyen tiga hariitumenampilkan sesi bernas mengenai industri reka bentuk IC Malaysia dan penumpuan kecerdasan buatan (AI) sertasemikonduktor yang semakin meningkat.

“Perbincangan utama tertumpu kepada peranan transformatif semikonduktor dalam industri seperti penjagaan kesihatan, mobiliti dan pembuatan, manakala sesi lain menelitikepentingan pembangunan bakat dalam memupuk jurutera semikonduktor generasi akan datang Malaysia,” kata Sidecdalam satu kenyataan hari ini.

Sidec berkata sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS), persidangan 3 dalam 1 tahun ini itu memfokuskan kepada semikonduktor, inovasi AI, dan pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), meneroka peranan mereka dalam memacu ekonomi digital Malaysia ke hadapan.

Bertemakan "Membina Malaysia yang Lebih Pintar: Melancarkan Penumpuan AI & Semikonduktor",SDEC 2024menampilkan lebih 200 peserta pameran dan dijangka menarik lebih 18,000 pelawat.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, bersama Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han.

Pada majlis itu,Sidec dan Cyberview Sdn Bhd memeteraimemorandum persefahaman (MOU) bagi menjalin kerjasama strategik dalam industri semikonduktor Malaysia.

“Iamemfokuskan kepada kerjasama dua tahun untuk memajukan pelaburan, ekosistem dan pembangunan industri untuk IC Design Park Fasa 2 di Cyberjaya.

“Para tetamu kenamaan turut menyaksikan pratonton produk dan pelancaran syarikat oleh TEASK, sebuah syarikat dengan visi untuk tenaga yang boleh diakses, bersih dan saling berkaitan,” kata kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *