Sektor Semikonduktor Kukuh, Kurangkan Kebergantungan Pada Import – MARii

f5d80f35a8ea944c0770d1956627a5536435538e4ee59Azrul Reza Aziz

Oleh Siti Noor Afera Abu and Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) — Industri semikonduktor domestik yang kukuh, di bawah Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS), boleh mengurangkan pergantungan kepada import dan mengukuhkan rantaian bekalan automotif, kata Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Reza Aziz berkata kenderaan elektrik (EV) bergantung pada komponen semikonduktor untuk fungsi kritikal, antaranyapengurusan bateri dan pengkomputeran.

“Sehubunganitu, pembangunan rantaian bekalan adalah penting untuk menyokong pengeluaran dan pemasangan EV,” katanya kepada Bernama.

Sebagai contoh, kereta hibrid biasanya memerlukan sekitar 1,500 mikrocip manakala EV pula mungkin memerlukan sekurang-kurangnya 3,000 cip untuk setiap kereta, diperoleh daripada sektor elektrik dan elektronik (E&E).

“Fasa 1-3 NSS, menekankan pengeluar cip paling canggih untuk menjadi syarikat termaju akan membolehkan pembekal automotif tempatan menjadi lebih inovatif dalam pembangunan produk.

“Ini memastikan produk mereka beraspirasi untukmenyokong pengeluar EV dan industri di Malaysia, ia akan meningkatkan keseluruhan industri automotif,” kata Azrul Reza.

Pada 28 Mei lepas,NSStelah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia terdiri daripada tiga fasa utama.

Fasa 1 akan memberi tumpuan kepada pelaburan langsung domestik, memfokuskan terhadapreka bentuk litar bersepadu, pembungkusan termaju dan peralatan pembuatan manakala pelaburan langsung asing akan menekankan kepada fabrikasi waferdan peralatan pembuatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *