Sektor Peralatan Perlu Luaskan Kepakarannya Bantu Lonjakkan Sektor Ekonomi Lain – Liew

e7c2ce1a8fa798ca95e61146ff3450b866dbe4b392a16Liew Chin Tong

GEORGE TOWN, 7 Sept(Iteenews) — Pengeluar peralatan di negara ini digesasupaya membuat peralatan bukan sahaja untuksektor semikonduktor malah juga membantu sektor lain termasuk pertanian, perabot, pembinaan, perladangan kelapa sawit dan automasi.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata dalam usahaMalaysia menjadi sebuah ekonomi maju, negara iniperlu menggunakan, mengautomasikan dan menginovasi teknologi untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing tidak mahir dalam semua sektor.

“Industri peralatan tidak bolehhanya sekadarmembuat peralatan untuk sektor semikonduktor. Saya melawat ViTrox Agritech di Ara Kuda, Tasek Gelugor, semalam dan melihat teknologi untuk sektor semikonduktor boleh digunakan untuk aktiviti pertanian jitu,” katanya ketika berucapmelancarkan Kluster Peralatan Teknologi Canggih (ATEC), di sini pada Sabtu.

Beliau berkata walaupun industri semikonduktor Malaysia terhubung dengan baik secara khusus dari segirantaian bekalan global namun, sudah sampaimasanya untuk industri itu menggalakkan hubungan industriyang lebih luas.

Liew berkata ini akan membolehkan industri semikonduktor mereka bentuk dan mencipta cip yang menyelesaikan masalah Malaysia dalam kesihatan, jaminan makanan, pengangkutan atau peralihan hijau, sama sepertipembuat peralatan yang membuat peralatan (yang boleh digunakan)di luar industri semikonduktor.

“Hanya dengan inovasi yang menyelesaikan masalah nasional dan serantau, kita boleh mencipta produk yangmemperbaiki kehidupan berjuta-juta orang. Malaysia (kemudian akan)menyertai kumpulan Korea Selatan, Taiwan dan China untuk menjadi kuasa besar teknologi,” katanya.

Mengenai ATECyang terletak di bawah Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia, Liewberharap usaha ituakan membantu mempercepat penyetempatan peralatanyang digunakan oleh syarikat multinasional (MNC) yang berpindah ke Malaysia secara lebih luas.

Beliau berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kini akan mempunyai senarai pembuat peralatan Malaysia yang lebih baikuntuk dibentangkan kepada MNC bagi membantu mereka menyetempatkan pembelian peralatan mereka.

“Kita mahu melihat lebih banyak syarikat Malaysia berkembang maju dalam industri semikonduktor yang lebih luas. Menariknya, beberapa syarikat Malaysia yang besardalam teknologi sebenarnya terlibat dalamperalatan teknologi canggih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *