Sektor OGSE Disaran Untuk Tangkas, Berdaya Tahan Bagi Memacu Pembinaan Negara

f16d0f5fb8a3c49a02592be2c595ce0c66d84af75d0b9 Kredit: Petronas 18d4396654bdef275d4e915742f59d6966d849a9585f8 Kredit: Petronas 515e43c3660566995a0cdac1b1ff0d2a66d84a6956653 Kredit: Petronas

KUALA LUMPUR, 4 Sept(Iteenews) –Pemain dalam industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) mesti kekal tangkas dan berdaya tahan untuk berkembang maju dalam landskap industri yang sentiasa berubah dan menyumbang secara berkesan kepada pembinaan negara.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum MalaysiaPetronas Datuk Bacho Pilong berkata syarikat minyak dan gas negaramenekankan komitmennya yangmendalamuntuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan memupuk komuniti yang kuat dan berdaya tahan.

Beliau menekankan usaha Petronas untuk meningkatkan taraf hidup, menambah baik mata pencariandan menyokong pertumbuhan yang saksama di seluruh Malaysia.

“Ini adalah ‘amanah’kami untuk membangunkan sumber hidrokarbon negara dan menyalurkantenaga secara mampan demi manfaat rakyat.

“Marilah kita semua menyatukan usahadan menyelaraskan aspirasi kita untuk mencapai kecemerlangan tanpa mengira di mana kita beroperasi,” kata Bacho dalam ucaptamanya di Hari Rakan Kongsi OGSE Petronas, di sini hari ini.

Beliau berkata memandangkan permintaan tenaga dijangka memuncak menjelang 2030, pemain-pemain industri mesti kekal tangkas untuk memberi tumpuan kepada kecekapan, mengubah cabaran kepada peluang untuk kemampanan dan pertumbuhan bagi jangka panjang.

“Petronas akan terus menyokong industri untuk mengharungi cabaran dengan menghasilkan dan menyampaikanpenyelesaian tenaga secara bertanggungjawab dan mampan,” kata Bacho.

Pada Hari Rakan Kongsi OGSE Petronas yang memasuki edisi kedua, ia menghimpunkan lebih 1,000 pemain industri dan pihak berkepentingan, termasuk persatuan-persatuan penting, jabatan dan agensi persekutuan dan negeriuntuk bertukar-tukar pandangan tentang membina pemain industri yang teguh, berdaya tahan dan berdaya saing untuk ekosistem tenaga yang mampan.

Topik-topik utama yang dibincangkan termasuk peralihan tenaga, inovasi dan penggunaan teknologi, strategi pembiayaan, peluang-peluangpertumbuhan dan pembangunan modal insan serta kapasiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *