Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sesi soal jawab lisan sempena Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Iteenews) — Kerajaan memberi peringatan kepada syarikat pengeluar tempatan supaya memastikan destinasi akhir barangan yang dieksport ke negara luar bagi mengelakkan terkesan dengan sekatan dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atasRusia.
Menteri LuarDatuk Seri Mohamad Hasan berkatawalaupun Malaysia tidak menerima pakai sekatan unilateral dilakukan oleh AS terhadapRusiayang tidak diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bagaimanapuntidak mahu Malaysia terkesan jika tidak mematuhinya.
"Amerika ni kadang-kadang dia buat 'gila-gila' (tindakan semberono), seandainya mereka (AS) melaksanakan'secondary sanction' (sekatan) terhadapMalaysia…ia akan menjadi lagi teruk.
"Kita tidak mahu ada tindakan berkenaandari Amerika Syarikat iaitu'secondary sanction' terhadap Malaysia…sebab kita akan beradadalam keadaan amat sukar ketika itu," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PN-Pulai) di Dewan Rakyat mengenai kesan penyertaan Malaysia dalam BRICS.
Mohamad turut menjelaskan ada menerima notis daripada AS untuk mengenakan sekatan kepada beberapa syarikat di negara ini dan menegaskan tiga daripada enam syarikat disenarai dalam notis itu bukansyarikat pengeluar sebaliknya syarikat perdagangan.
Tiga syarikat itu masih boleh dikenakan di bawah Akta Kastam 1967 kerana membuat pengisytiharan palsu berhubung barangan dan negara asal mereka, katanya.
Dalam pada itu, Mohamad memberitahupenyertaan Malaysia yang sudah diterima sebagai negara rakan BRICS tidak akan mengubah peranan negara dalam mana-mana gabungan antara-kerajaan di peringkat global.
"Ia akan menambah luas lagi peranan kita terutamanya dalam bidang ekonomi. Saya telah pun mengutus surat balas kepada rakan sejawat sayadaripada Rusia selaku Pengerusi BRICS pada tahun ini dan kami amatgembira terhadapkeputusan yang telah dibuat semasa summit BRICS diKazan baru-baru ini," katanya.