Segmen Kenderaan Komersil Ringan Dijangka Meningkat Menjelang 2030

66c2af7f53917ae87aff9d77f1ddfc4a6787b2f2339f8Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Lubricants Marketing (M) Sdn Bhd Mohd Zameer Zahur Hussain

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

SEMENYIH, 15 Jan (Iteenews) — Segmen kenderaan komersil ringan (LCV) Malaysia termasuk trak pikap, dijangka naiksekitar empat peratus setiap tahun menjelang 2030, kata anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Zameer Zahur Hussain berkata PLMM menjangkakan peningkatan dalam segmen itu dipacu oleh pengembangan e-dagang dan trend gaya hidup yang berkembang, melibatkanusahawan kecil dan sederhana (PKS) dan bekeluarga.

Peningkatan dalam sektor e-dagang adalah selaras dengan keperluan pelanggan yang mahu produk dipesan secara dalam talian dihantar dengan pantaske rumah mereka.

“Jika anda menggunakan kenderaan besar seperti lori, anda perlu menunggu satu lori untuk menyelesaikan proses memunggahbungkusan untuk melakukanpenghantaran, justeruia memakan masa.

"Memandangkan e-dagang terus berkembang, pelanggan mahu proses penghantaran menjadi lebih cekap. Oleh itu, jenis kenderaan lebih kecil ini akan menjadi pilihan utama apabila PKS menjalankan perniagaan mereka," katanya ketika ditemuiIteenews selepas pelancaran pelbagai produk minyak enjin Petronas Urania LCV, di sini hari ini.

Zameer Zahur berkataLCV bersaiz lebih kecil dan sesuai untuk menghantar produk ke destinasi yang sukar dilalui.

Terdapat peningkatandalam sektor LCV kerana golongan bekeluarga menggunakan kenderaan jenis iniuntuk bercuti pada hari bekerja.

Petronas Lubricants International melancarkan rangkaian minyak enjin Petronas Urania LCV untuk memenuhi permintaan pasaran LCV tempatan dengan menawarkan ketahanan lebih baik, pengekalan kelikatan dan prestasi enjin keseluruhan.