–fotoBERNAMA
PUTRAJAYA, 28 Okt (Iteenews) — Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia (SEGiM) menjadi bukti jelas tindakan Malaysia dalam mengambil langkah proaktif bagi membentuk ekosistem ekonomi gigyang lebih mampan dan inklusif.
Pengerusi Sekretariat Kesatuan Sekerja dan Ekonomi GigMalaysia Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata suruhanjaya itu juga bukan sekadar wacana tempatan, tetapi usaha dalam meletakkan Malaysia di barisan hadapan untuk mengurus ekonomi gigsecara berkesan, sekali gus mendahului negara-negara besar termasuk Eropah dan Amerika Syarikat.
"MenerusiSEGiM, kita akan membina satu ekosistemmenyeluruh bagi menyokong para pekerja gig tanpa mengira apa sektor mereka. SEGiM bukan hanya untuk pemandu e-hailing atau penghantar makanan, tetapi juga untuk pekerja bebas,sambilan, penggiat seni seperti pelakon dan jurugambarserta banyak lagi.
"Pekerjaan mereka tidak boleh dilihat sebagai sementara atau tidak formalkerana sumbangannyakepada ekonomi negara adalah nyata dan signifikan," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmian Konvensyen Ekonomi GigMalaysia Madani di sini, hari ini.
Konvensyen dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Pada 27Ogos lepas, Ahmad Zahid berkata kerajaankomited untuk mewujudkan SEGiMselepas rang undang-undang berkaitan kebajikan pekerja gig dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.
Beliau berkata pelaksanaan suruhanjaya itu perlu disegerakan untukmemberikan perlindungan jangka panjang serta dalampeningkatan kemahirandan latihan semulakepada kumpulan pekerja berkenaan.
Menjelaskan selanjutnya, Mohd Sharkar berkata antara fokus utama SEGiM ialah memastikan perlindungan hak pekerja gig, termasuk mendapat jaminan keselamatan sosial yang menyamai pekerja formal.
Beliau berkata melalui caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan dasar perlindungan lebih jelas, kerajaan akan memastikan pekerja gig tidak terpinggirdari aspek kebajikan dan keselamatan.