Sedekad Di Malaysia, Al\’ard Sumbang RM50 Juta Ke Palestin

bcd29d16e783aabc93bf31835bc5a0ec66ea257074f8f

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Iteenews) — Jenama produk kesihatan berasaskan minyak zaitun Palestin, Al'Ard mencipta sejarah dengan menghantar sebanyak RM50 juta ke Palestin ketika tempoh 10 tahun ia beroperasi di Malaysia.

Pemilik dan Pengarah Al'Ard Palestinian Agri-Products Ltd yang berpangkalan di Nablus, Palestin, Ziad Anabtawi berkata syarikat itu menghargai sokongan rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin dengan membeli produk Al'Ard, yang dihasilkan oleh petani dan pekerja di Palestin.

“Kami yakin RM50 juta ini hanya permulaan kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Pembukaan pejabat serantau kami di Malaysia adalah bukti keyakinan kami bahawa rakan kongsi kami di sini akan menjadikan Al'Ard sebagai penggiat utama pasaran minyak zaitun di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian tahun ke-10 Al-Ard di Malaysia, di Pavilion Alard Far East Sdn Bhd bersempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di sini hari ini.

Menurutnya semangat rakyat Palestin terus teguh, dan perniagaan adalah cara untuk mereka meneruskan perjuangan menentang rejim Zionis.

Timbalan Pengarah Al'Ard, Subhi Anabtawi berkata, sokongan teguh daripada Kedutaan Palestin di Malaysia dan dorongan rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin telah menjadi kunci kepada pertumbuhan Al'Ard sepanjang operasi sedekadnya di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Al'Ard Far East Sdn Bhd Nazran Abd Mutalib berkata Al'Ard akan terus berkongsi manfaat kesihatan produk minyak zaitun organik dari Palestin kepada rakyat Malaysia.

"Cogan kata kami adalah 'Help Yourself, Help Palestine.' (Bantu Diri, Bantu Palestin). Istilah 'Help Yourself' merujuk kepada manfaat kesihatan yang dinikmati pengguna daripada produk Palestin yang berkualiti tinggi. Kami juga berharap usahawan tempatan yang menjual produk Palestin akan terus meningkatkan jualan.

"Istilah 'Help Palestine' pula merujuk kepada peranan kami sebagai usahawan sosial di Palestin, dengan setiap ringgit disalurkan terus kepada petani, pekerja, pemandu trak dan pelbagai lapisan masyarakat Palestin. Kami beroperasi dalam rangka kerja mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan Fair Trade International,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *