SEC 2025: Muhammad Azeem Pecah Rekod Kebangsaan, Raih Gangsa Acara 60 M

Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi (Kredit: X @AuburnTFXC)

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Iteenews) — Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter (m) di dalam dewanawal pagi tadi, untuk meraih pingat gangsa padaKejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan SEC 2025.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia 2024 yang mewakili Universiti Auburn itu mencatatkan 6.56 saat (s) untuk berada di tempat ketiga pada aksi final acara 60 m yang berlangsung di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Catatan berkenaan menyaksikan atlet berusia 20 tahun itu memperbaharurekod kebangsaan miliknya, iaitu 6.60 s dalam acara samayang dilakukan padaKejohanan Jemputan Tiger Paw di California, ASpada Februari lepas.

Emas acara 60 m itu dimenangi Jordan Antony dari AS mewakili University of Arkansas yang menamatkan perlumbaan dengan catatan 6.54s manakala rakan sepasukan Muhammad Azeem, Israel Okon dari Nigeria akur di tempat kedua yang hanya dibezakan 0.01s.

— BERNAMA

<!––>