SDEC, CENTEXS Dan Angkasa-X Bekerjasama Dalam Industri Berkaitan Angkasa

7a9d31b2db205329e7e0ba134be6895460b9d4f46889b Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC)

KUCHING, 22 Oct(Iteenews) — Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak(SDEC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan dua pihak lain untuk bekerjasama dalam pembangunan modal insan dan penyelesaian teknologi dipacu kecerdasan buatan (AI), memfokuskan kepada industri berkaitan angkasa.

Dalam satu kenyataan hari ini, SDEC, syarikat milik penuh kerajaan Sarawakberkata MoU itu ditandatangani dengan Centre for Technology Excellence Sarawak Sdn Bhd (CENTEXS) dan ANGKASAX Innovation Sdn Bhd (Angkasa-X).

MoU itu menyatakan SDEC akan meneroka kemungkinan mewujudkan stesen bumi untuk operasi satelit.

Ia juga merancang untuk menubuhkan kemudahan ujian bersepadu pemasangan (AIT) bagi pembangunan satelit milik Sarawak, serta menyediakan perkhidmatan penderiaan jauh dan telekomunikasi sebagai sebahagian daripada Buruj A-SEANSAT dan A-SEANLINK.

“SDEC juga akan meneliti pembangunan aplikasi dan perkhidmatan satelit melalui Ekosistem Digital dan Inovasi Sarawak,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, kerjasama dengan CENTEXS akan menumpukan kepada pembangunan modal insan, latihan dan akreditasi dalam teknologi angkasa dan bidang-bidang berkaitanserta berkongsi maklumat mengenai pengetahuan teknikal, pengalaman profesional, piawaian industri dan amalan terbaik.

Penyepaduan AI ke dalam teknologi angkasa dan satelit akan menjadi bidangtumpuan untuk Angkasa-X dengan kerjasama CENTEXS.

Mereka akan memberi tumpuan kepada bakat teknologi angkasa lepas, kepakaran dalam kejuruteraan satelit dan angkasa lepas serta penyelidikan dan pembangunan untuk membangunkan ekonomi angkasa lepas Sarawak/Borneo.

Majlis menandatangani MoU itu dipimpinKetua Pegawai EksekutifSDEC Datuk Sudarnoto Osman, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Datuk Syeed Mohd Hussien Wan Abd Rahman dan Pengerusi Eksekutif Angkasa-X Datuk Dr Sean Seah.