KUALA LUMPUR, 20 Jan(Iteenews) –Scanwolf Corporation Bhd menerima notis tawaran pengambilalihan mandatori bersyarat daripada Maybank Investment Bank Bhd bagi pihak Mighty Alliance Sdn Bhd (MASB) (pembuat tawaran) untuk memperoleh semua baki saham biasa yang tinggal yang belum dimiliki oleh pembuat tawaran, pembuat tawaran muktamad bersama danpihak yang bertindak bersama mereka (PAC).
Ia juga melibatkan pengambilalihan saham baharu Scanwolf yang mungkin diterbitkan dan diperuntukkan sebelum tarikh tutup tawaran itu, menurut syarikat itudalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pembuat tawaranbersama ialahSeah Ley Hong, Datuk Seri Wong Sze Chien, Datuk Seri Azlan Azmi dan Datuk Seri Andrew Lim Eng Guan.
Scanwolf menjelaskan pembuat tawaranakan membayar 54 sen secaratunai untuk setiap saham biasa; 18 sen untuk setiap tawaran saham pinjaman tidak boleh tebus boleh tukar tidak bercagar (ICULS) dan24 sen untuk setiap tawaran waran.
Pengambilalihan mandatori itu adalah selepas MASB membeli 34.38 peratus kepentingan ekuitidalam Scanwolf Corporation pada RM37.7 juta secara tunai.
Menurut notis Maybank Investment Bank kepada Scanwolf, MASB telah membeli 59.912 juta saham biasa dalam Scanwolf daripada Esfinity Sdn Bhd, Seah Ley Hong, Armani Synergy Sdn Bhd dan PEG Capital Sdn Bhd padaRM32.35 juta.
“Seiring dengan pengambilalihantersebut, pembuat tawaran juga mengambilalih9,896,800 saham Scanwolf melalui transaksi perniagaan langsung daripada Lim Nyuk Sang @ Freddy Lim.
"Transaksi ini melibatkan kira-kira 4.87 peratus kepentingan ekuiti dalam Scanwolf dengan nilai RM5.34 juta, atau 54 sen setiap saham Scanwolf," kata bank pelaburan tersebut.
Selepas selesai pengambilalihan, pegangan saham langsung MASB dalam Scanwolf akan meningkat daripada sifar kepada69,808,420 saham, mewakili kira-kira34.38 peratus kepentingan ekuiti dalamScanwolf.