SC Teroka Mengintergrasikan Prinsip Maqasid Al-Shariah Untuk Pertingkatkan Amalan Sosial, Tadbir Urus Syarikat

fb436b2c5a003b61c99cb06c8ed4eda166dc73ee882c2Foto: SC

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Iteenews) –Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneroka kaedah bagaimana syarikat boleh menggunakan aspirasi dan prinsip Maqasid al-Shariah dalam produk dan perkhidmatan mereka serta mempunyai amalan sosial dan tadbir urus yang lebih baik.

Pengerusinya Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata langkah itu adalah pentingkerana sesetengah syarikat hanya menumpukan kepada memaksimumkan keuntungan sehingga merugikan pihak berkepentingan dan planet ini.

“Dalam konteks perubahan iklim, data yang disediakan oleh saintis mengenai penurunan biodiversiti yang membimbangkan, corak cuaca berubah, keamatan kejadian cuaca dan kenaikan paras laut yang akan berlaku, semuanya perlu diambil kira menerusi cara syarikat beroperasi,” katanya ketika berucapdi Meja Bulat Pusat Pengajian Islam (OCIS) SC-Oxford ke-15 yang diadakan di OCIS, United Kingdom hari ini.

Beliau berkata satu lagi bidang yang perlu diberi tumpuan oleh syarikat ialah komitmen mereka terhadap piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Sekali lagi, kami mempunyai banyak contoh dalam syarikat yang kelihatan mengutamakan keuntungan daripada keselamatan atau tidak ambil peduli mengenaicara mereka menjalankan perniagaan mereka tanpa mengambil kira tadbir urus dan akauntabiliti yang betul.

“Dan terdapat juga banyak syarikat yang terus menguruspekerja mereka dengan teruk. Kesukaran yang saya rasa kadang-kadang dalam mengejar keuntungan, belas ihsan, empati dan asas kemanusiaan seolah-olah dilupakan,” katanya.

Beliau berkata SC mengeluarkan Panduan Maqasid al-Shariah untuk Pasaran Modal Islam di Malaysia pada November 2023 untuk menerapkan aspirasi dan prinsip ini dalam konteks pasaran modal.

“Kami telah melibatkan diri dengan beberapa pihak di Malaysia, sama ada milik asing dan tempatan mengenaibagaimana prinsip ini boleh digunakan untuk produk dan perkhidmatan.

“Selain itu, kami juga telah memulakan dialog dengan penggiattempatan untuk melihat bagaimana prinsip Maqasid boleh digunakan untuk projek sedia ada dan sama ada beberapa bentuk saringan adalah sesuai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *