SC Rekod 3,380 Aduan Penipuan, Aktiviti Tidak Berlesen Setakat Suku Ketiga 2024

419a96116254e148e7ecbe6b9d219deb5fa2a9542420c

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Iteenews) –Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerima 3,380 aduan serta pertanyaan mengenai penipuan dan aktiviti tidak berlesen setakat suku ketiga 2024, melonjak 28 peratus berbanding tahun lepas.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Kaunsel,Yew Yee Tee melalui satu kenyataan memberitahu kes-kes pada hari ini sudah bertambah sofistikated dan ia turut melibatkan penggunaan teknologi "deepfake"serta modus operandi yang semakin berkembang.

“Sisi positifnya ialah kita turut melihat kesedaran dan keraguan yang lebih tinggi di kalangan orang ramai, yang mana majoriti pengadu dan pertanyaan yang tampil ke SC bukan merupakan mangsa kepada penipuan ini (berbanding tahun-tahun sebelumnya),” katanya semasapelancaran InvestSmart Fest 2024 di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun,beliau berkata penipuan dan aktiviti tidak berlesen terus menjadi kebimbangan yang semakin meningkat.

“Pada 2023, SC menerima 3,262 aduan sertapertanyaan awam mengenai pelbagai penipuan dan aktiviti tidak berlesen, menokok 321 peratus daripada 2019,” katanya.

Mengenai pempegaruh kewangan yang semakin bertambah di media sosial, Yew berkata SC telah mengemas kini nota panduannya mengenai nasihat pelaburan.

Beliau berkata ramai yang telah beralih kepada media sosial serta platform digital lain bagi mendapatkan maklumat termasuk nasihat tetapi pempengaruh kewangan ini tidak dilengkapi dengan pengetahuan pelaburan, yang mana,dalam beberapa kes, aktiviti mereka mungkin memerlukan lesen daripada SC tetapi mereka sebenarnya tidak berlesen.

Beliau turutmengetengahkan beberapa kes di Amerika Syarikat (AS) apabila pengawal selia mengambil tindakan terhadap personaliti terkenal yang menjadi pempengaruh yang mempromosikan aset kripto.

Yew juga mengingatkan agar tidak menyewakan akaun bank kepada penipu untuk menerima dan memindahkan dana yang diperoleh secara haram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *