Sarawak Tidak Akan Campur Tangan Dalam Operasi Affin Bank – Abang Johari

7784888347cdf42c60c1ef231bc9769366f6e6737d889 Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media Majlis Menandatangani Sale Purchase Agreement di antara Kerajaan Sarawak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di sini hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA 53f22f0524bcf52fe167e07dccecf40766f6e6ed6e58d Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen di antara Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak Datuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar (kiri) dan Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera Mohammad Ashraf Md Radzin (kanan) pada Majlis Menandatangani Sale Purchase Agreement di antara Kerajaan Sarawak dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di sini hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUCHING, 27 Sept (Iteenews) — Kerajaan negeri Sarawak tidak akan campur tangan dalam operasi perniagaan Affin Bank walaupun muncul sebagai pemegang saham terbesarnya, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kerajaan negeri itu melalui anak syarikat milik penuhnya SG Assetfin Holdings Sdn Bhd hari ini memuktamadkan perjanjian pembelian saham (SPA) Affin Bank daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd.

Sehubungan itu, kerajaan Sarawak pada masa ini adalah pemegang saham terbesar dalam Affin Bank, meningkatkan kepentingannya kepada 31.25 peratus daripada 4.81 peratus sebelum ini.

Mengulas selanjutnya, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan menyerahkan kepada pihak pengurusan dan lembaga pengarah untuk menjalankan operasi harian bank berkenaan.

“Tidak akan ada campur tangan daripada pihak kami. Saya pasti bank ini akan terlibat dalam pembangunan yang kita ada di Sarawak.

“Apa-apa pun, saya akan serahkan kepada pengurusan dan lembaga pengarah (untuk menguruskan bank),” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian SPA berkenaan di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada Sarawak bercadang untuk menamakan semula bank itu, Abang Johari berkata pihaknya tidak berhasrat untuk berbuat demikian, tetapi mungkin mempertimbangkannya pada masa akan datang.

“Buat masa ini, kita (Sarawak) juga tidak ada wakil dalam lembaga pengarah bank itu. Kita akan membuat pelantikan, tetapi belum membuat keputusan,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari dalam ucapannya pada majlis itu berkata idea untuk membeli saham yang besar dalam Affin Bank bermula daripada pengiktirafan yang mendalam terhadap peranan penting industri perbankan dalam pembangunan ekonomi dan masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *