Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Premier Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini.
KUCHING, 14 Jan (Iteenews) — Sarawak mahu meluaskan langkah dalam bidang aeroangkasa menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat di Tokyo, Jepun untuk menghasilkan tekstil yang akan digunakan angkasawan.
Premier SarawakTan Sri Abang Johari berkata dalam pembuatan tekstil itu menekankan aspek karbon rendahselaras agenda negeri itu yang berteraskan ekonomi hijau.
"Kita mengutamakan karbon rendah dalam proses penghasilan tekstil daripada gas cecairyang digunakan oleh angkasawan.
"Pada masa ini, kita bekerjasama dengan sebuah syarikat di Tokyo untuk menghasilkan bahan karbon rendah yang berasaskan bahan kimia bagi mewujudkan tekstil berkenaan. Mungkin suatu hari nantiakan ada pakaian angkasawan ‘made in Sarawak’," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan semasa sesi Townhall Lapan Tahun Bersama Yang Amat Berhormat Premier Sarawak di sinimalam tadi.
Dalam sesi itu, Abang Johari turut menyatakan hasrat untuk menjadikan Sarawak 'Norway of the East' dengan memilikiekonomi stabil dan berkemampuan menguruskan sumberdengan cekap.
Beliau berkata Norway mempunyai kekuatan serupa dengan Sarawak iaitu dari segi minyak dan gas, selain itu negara Scandinavian berkenaan unggul dalam sumbertenaga bersih serta berteknologi tinggi.
"Jikaadamasalah ekonomi di Eropah, Norway tidak akan terjejas kerana mereka sudah dapat menguruskan sumber. Sebab itu saya rancang Sarawak jadi 'Norway of the East'," katanya.
Untuk mencapai matlamat itu, beliau berkataSarawakperlu bergerak pantas danbekerja keras bagi memastikan negeri itu mencapai tahap tertinggi.