Kredit : Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS
KUCHING, 6 Mei (Iteenews) — Kerajaan Sarawak mengorak langkah ke hadapan dalam usaha membangunkan industri aeroangkasa negeri itu menerusi kerjasama strategik bersama syarikat penerbangan terkemuka dunia, Airbus.
Sehubungan itu, kerajaan negeri dan Airbus telah bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan bersama bagi merangka pelan hala tuju pembangunan industri aeroangkasa negeri itu.
Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata hasil lawatan rasmi beliau ke ibu pejabat Airbusdan ATR, pengeluar pesawat turboprop di Toulouse, Perancis pada Isnin lepas telah membuka ruang kepada enam bidang utama yang dipersetujui untuk diteroka bersama ke arah menjadikan Sarawak sebagai hab aeroangkasa baharu di rantau Asia Pasifik.
“Penubuhan Pasukan Bersama Sarawak-Airbus itu bertujuan untuk mewujudkan gabungan tenaga kepakaran dalam industri melalui kerjasama dan perbincangan yang komprehensif antara pakar-pakar terlibat untuk merangka pelan berkenaan.
"Usaha ini dijangka dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan industri penerbangan sekali gus membuka peluang baharu bagi kemajuan sektor ini di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini.
Abang Johari berkatapenubuhan pasukan bersama itu merupakan antara enam bidang utama kerjasama strategik dipersetujui untuk diterokabersama kerajaan negeridan Airbus.
Selain itu, Airbus akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak untuk membangunkan satu kawasan seluas 100 ekar (40.5 hektar) di negeri itu sebagai tapak Aerotropolis, ia akan menjadi hab bersepadu untuk menyokong ekosistem industri penerbangan.
Beliau berkata kedua-dua pihak turutbersetuju untuk meneroka bidang penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF) yang sedang giat dibangunkan di Sarawak.
Airbus akanberganding dengan institusi tempatan Sarawak seperti Kolej Universiti ICATSbagi membangunkan program latihan serta silibus berkaitan aeroangkasa dalam usaha melahirkan modal insan untuk industri aeroangkasa, katanya.