KUALA LUMPUR, 27 Mac (Iteenews)–Sapura Energy Bhd kembali meraih keuntungan dengan mencatat keuntungan bersih sebanyakRM189.53 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2025, berbanding kerugian bersih sebanyakRM508.66 juta setahun lepas.
Hasil meningkat sebanyak 8.9 peratus kepadaRM4.70 bilion daripadaRM4.32 bilion sebelum itu, disumbangkan oleh segmen operasi dan selenggaranya (O&M), dipacu oleh pelaksanaan projek-projek baharu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu berkata hasil bagi segmen kejuruteraan dan pembinaannya (E&C) meningkat berikutan peningkatan kemajuan projek sedia ada dan pelaksanaan projek-projek baharu.
"Bagaimanapun, ia diimbangioleh segmen penggerudiandisebabkan oleh penggunaan pelantaryang lebih rendah,” kata Sapura Energy.
Segmen E&C mencatatkan pendapatan sebanyak RM3,006.6 juta, menunjukkan peningkatan sebanyak 11.0 peratus berbanding RM2,708.8 juta pada tahun yang sama.
Sementara itu, segmen O&M mencatatkan pendapatan sebanyak RM680.0 juta, iaitu RM99.7 juta atau 17.2 peratus lebih tinggi berbanding tahun yang sama.
Hasil segmen penggerudianpulasebanyak RM1.14 bilion untuk tahun semasa adalah lebih rendah sebanyak 7.3 peratus berbanding hasil RM1.23 bilion pada tahun yang sama.
Bagi suku keempat berakhir 31 Jan,2025, syarikat mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM405.68 juta, berbanding kerugian bersih RM728.44 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Hasilmeningkat kepada RM1.19 bilion berbanding RM1.12 bilion sebelumnya.