Samenta Gesa Kelantan Pertimbang Semula Keperluan Pensijilan Halal Bagi Pengusaha F&B

89bce1681b8cfeaa0a09f0cec3f3e470664f5f282cbbf

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Iteenews) — Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menggesa kerajaan Kelantan mempertimbangkan semulakeputusannya mewajibkan pensijilan halal dalamkalangan pengusaha makanan dan minuman (F&B) di negeri itu.

Samenta menjelaskan sebaliknya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk mempromosikan pensijilan halal serta denganpihak berkuasa pensijilanuntuk memperkemas dan mengurangkan beban dan kos untuk mendapatkan sijil itu.

Gesaan itu disuarakan Samenta susulankeputusan kerajaan Kelantan baru-baru ini untuk mewajibkan pensijilan halal dalam kalangan pengusaha F&Bdi negeri itu, bermula dengan daerah Kota Bharu, sebelum melaksanakannya bagiseluruh negeri.

Presiden Samenta DatukWilliam Ng berkata pensijilan halal tidak seharusnya diwajibkankerana meningkatkan beban dan kos tambahan kepada perniagaan, terutama PKS dan peniaga kecil.

“Proses pensijilan halal boleh mencecah sehingga RM200,000 untuk setiap premis jika pengubahsuaian premis diperlukan, dan sehingga RM50,000 setahun jika seorang penyelaras halal diperlukan, di samping kos latihan pekerja baharu dan sedia ada,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata restoran berangkaian mungkin mampu untuk mematuhi peraturan ketat itu, dan mendapat faedah pensijilan halal.

Bagaimanapun, bagi peniaga kecil, sama ada Muslim atau bukan Muslim, proses dan kos untuk mendapatkan pensijilan halal merupakan satu lagi bebanan kos, dalam persekitaran perniagaan yang sedang mengalami cabaran tekanan kos dan margin keuntungan yang rendah, katanya.

— BERNAMA