Cyberview Sdn Bhd Chairman Datuk Romli lshak deliver his welcoming speech during Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) Cohort 19 Demo Day and the programme\’s 10th anniversary.–fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
CYBERJAYA, 16 Jan(Iteenews) — Cyberview Sdn Bhd berazam untuk terus memperkasa keusahawanandalam dekad akan datangmenerusi program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) yang dapat memberikan impak jangka panjang merentas industri.
PengerusiDatuk Romli Ishak berkata sejak CLLA diperkenalkan, program itu berjaya menubuhkanlebih 120 syarikat pemula, dengan meraih pelaburan secara kolektif berjumlahRM263 juta, menjana hasil terkumpul sebanyakRM837 juta serta menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan.
"Seiring sambutan ulang tahun ke-10 program CLLA Cyberview, kami konsisten dengan komitmen kami untuk memacu ekosistem inovasi Malaysia dan mengukuhkan kedudukan Cyberjaya sebagai Hab Teknologi Global," katanya dalam majlis sambutanpada Rabu.
Romli berkata CLLA telah berkembang menjadi program pemecut paling lama dijalankan di Malaysia, yang berfungsi sebagai batu loncatan syarikat pemula teknologi tempatan merealisasikanidea dan mempercepatkan perjalanan pengkomersialan mereka.
Sambutanpada tahun ini merangkumi hari demo, dengan syarikat pemula Shieldbase AI daripada kohort CLLA 19 mengatasi sembilan syarikat yang lain untuk merangkul anugerah Pilihan Hakim dan Pilihan Orang Ramai.
Syarikat pemula yang turut serta termasukMidwest Composites, IOX Tech Global, Vidanex, Vee Smart Home, ALT Synergy, Reyhut Automation, Airlytic, Wiser Machines, danPixelence. Enam daripada syarikat pemula ini menerima pelaburan lebih RM1 juta untuk program selama lima bulan itu.
Beberapa pengiktirafan turut diberikan pada hari demo, bagi meraikan alumni program yang cemerlang dan menyumbang kepadalandskap inovasi.
Antara penerima, syarikat pemulaPandai, yang menerima Anugerah Impak Global kerana mengembangkan jejaknya di seluruh Malaysia, Brunei, dan Indonesia, dengan menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelbagai komuniti, di sampingmeraih pelaburan global untuk memacu inovasi teknologi pendidikannya.
Mesolitica memperoleh Anugerah Inovator yang Semakin Meningkat menerusiaplikasi kecerdasan buatan (AI) generatifnya, yang diiktiraf dalam NVIDIA AI Directory. Syarikat itu juga memeterai memorandum persefahaman (MoU) penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan AI Singapura untuk memajukan inovasi AI.