KUALA LUMPUR, 17 Okt(Iteenews) — Salcon Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya,Salcon Engineering Bhd memperoleh kontrak bernilai RM18.50 juta daripada LTE Engineers Sdn Bhd, bagi pihak F&N AgriValley Sdn Bhd.
Projek itu melibatkan kerja-kerja retikulasi air luaruntuk pembangunan yang dicadangkan bagi pusat penternakan lembu tenusu dan tanaman pertanian dengan kemudahan-kemudahan yang berkaitan di Negeri Sembilan, kata Salcon dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Ia berkata projek itu dijangka bermula pada 21 Okt, 2024dan selesai menjelang 20 April, 2025, tanpa sebarang pilihan untuk memperbaharui kontrak.
“Projek inidijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersih kumpulan Salcon bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 dan seterusnya,” katanya.
Salcon menambah projek itu juga tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan pemegang saham yang besar dalam syarikat itu.
— BERNAMA