Saham TNB Melonjak Pada Sesi Awal Susulan Cadangan Tarif Baharu

31174bf1ec7131c7d9a524a4a1edc4c563381d0c32c0f

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Iteenews) — Saham Tenaga Nasional Bhd(TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).

Harga saham itu menokok 24 sen padaRM14.42 daripada RM14.18 pada akhir dagangan semalam.

Menjelang jam 10.35 pagi ini, saham syarikat utiliti nasional itu melonjak sebanyak 62 sen atau 4.37 peratus kepadaRM14.80 dengan sebanyak 7.51 juta saham saling berpindah tangan.

Pada Khamis,TNB menerusi kenyataannya kepada Bursa Malaysia mengumumkan kerajaan telah meluluskan pelaksanaanRP4itu di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi tempoh Januari hingga Disember 2027.

Keputusan itu dinyatakan dalam surat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada TNB yang bertarikh 24 Dis, 2024.

Menurut TNB, jadual tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah RP4 itu dicadangdilaksanakan mulai 1 Julai, 2025.

“Jadual tarif elektrik semasa yangdilaksanakan sejak 2014, akan terus berkuat kuasa, tanpa perubahan dalam kadar tarif dan struktur tarif elektrik sehingga 30 Jun, 2025,” katanya

— BERNAMA