Saham Public Bank, LPI Capital Digantung Pada Rabu Menjelang Pengumuman Penting

94c1258c069da88276411545c4b6512e5f48de82bb468

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Iteenews) — Saham Public Bank Bhd dan LPI Capital Bhd akan digantung mulai 9 pagi esok menjelangpengumuman penting, kata pemfailan berasingan daripada kedua-dua syarikat itu kepada Bursa Malaysia pada petang Selasa.

“Dagangan dalam waran berstruktur yang berkaitan dengan Public Bank juga akan digantung pada masasama,” kata Public Bank.

Bank itu dijangka mengadakan sidang akhbar pada 11 Oktober 2024.

Menurut kenyataan dalam jemputan medianya hari ini, kumpulan perbankan ketiga terbesar mengikut aset di Malaysia berkata pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutifnya Tan Sri Dr Tay Ah Lek bersama beberapa pihak berkepentingan utamaakan berkongsi maklumat penting berkaitan dengan pengumuman tersebut.

Pada penutupan hari ini, saham Public Bank naik satu sen kepada RM4.57dengan 12.18 juta saham diniagakan manakala saham LPI melonjak 22 sen kepada RM13.00dengan 68,100 saham bertukar tangan.

LPI Capital adalah 42.74 peratus dimiliki oleh Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikatpelaburan swasta diwujudkan oleh pengasas Public Bank, mendiang Tan Sri Teh Hong Piow.

LPI Capital memiliki sepenuhnya syarikat insurans am Lonpac Insurance Bhd.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *