Saham Perladangan, Pembinaan Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

5d81eed10c890cc22051bae3bfcf85956715c02deb85e

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Iteenews) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencecah paras intra harian tertinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham wajaran tinggi, terutama perladangan dan pembinaan.

Pada 5 petang ini, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 12.45 mata atau0.77 peratus kepada1,616.43 daripada 1,603.98 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Sewaktu urus niaga dibuka, indeks berkenaan mengukuh 3.77 mata kepada1,607.75 iaitu paras terendah dalam dagangan hari ini sebelum meneruskan peningkatan sepanjang sesi dagangan berikutnya.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu537 berbanding 485 manakala 502 lain tidak berubah, 877 tidak diniagakan dan 30 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan susut kepada2.41 bilion unit bernilai RM2.15 bilion berbanding 2.47 bilion unit bernilaiRM2.14 bilion pada minggu lepas.

Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata aktiviti memburu saham-saham perladangan berterusan sejak minggu lepas ketika harga niaga hadapan minyak sawit mentah menghampiriRM5,000 satu tan hari ini.

“Di peringkat domestik, prospek kekal optimis namum berhati-hati. Pelabur disaran untuk terus berwaspada berikutan ketidaktentuan pasaran yang ketara akibat perkembangan global seperti geopolitik dan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

“Pada masa ini, FBM KLCI kekal dalam mod konsolidasi berikutan jumlah dagangan di bawah paras purata. Kami menjangkakan fasaini berterusan sehingga wujud peningkatan penyertaan pasaran yang lebih ketara.