KUALA LUMPUR, 6 Dis(Iteenews) –Tawaran awam permulaan (IPO) Winstar Capital Bhd sebanyak 14.5 juta saham untuk orang awamMalaysia terlebih langganan sebanyak 80.17 kali.
Pengeluar produk aluminium itu dalam makluman kepadaBursa Malaysiahari ini berkata, ia menerima sejumlah 19,881 permohonan daripada orang awamMalaysia untuk 1.18 bilion saham IPO bernilai RM411.92 juta.
Di bawah kategori Bumiputera Malaysia, katanya, sebanyak 9,849 permohonan untuk 502.41 juta saham IPO diterimayang mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 68.3 kali.
“Di bawah kategori awam Malaysia yang lain, kira-kira 10,032 permohonan untuk 674.50 juta saham IPO diterimayang mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 92.03 kali,” katanya.
Di bawah IPO ini, sejumlah 7.25 juta saham IPO telah diperuntukkan untuk pengagihan di bawah kategori Bumiputera Malaysiadan 7.25 juta saham IPO lagi diperuntukkan di bawah kategori orang awamMalaysia.
Winstar Capital juga berkata sebanyak 15.95 juta saham IPO yang disediakan untuk permohonan oleh individuyang layak telah dilanggan sepenuhnyamanakala 43.5 juta saham IPO yang ditawarkan melalui tawaran sahampersendirian kepada pelabur terpilih telahsepenuhnya ditempatkan.
Syarikat itu menyasarkan untuk mengumpul RM19.79 juta daripada IPO berharga 35 sen sesaham.
Penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia dijadualkan pada 19 Dis, 2024.
TA Securities Holdings Bhd ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan tunggal untuk IPO.