Datuk Phoong Jin Zhe
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 28 Ogos(Iteenews) — Kerajaan Sabah akan menumpukan usaha untuk menonjolkandaya tarikan industri negeri itudalam kalangan pelabur asing bagi mencapai matlamat menjadi negeri perindustrian menjelang 2040.
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan SabahDatuk Phoong Jin Zhe berkataselain menyertai lebih banyak persidangan dan pameran, kerajaan negeri juga akan memastikan tenaga kerja dan kemudahan tempatan mencukupi untuk menampungindustri.
“Saya dapat tahu menerusi program seperti hari ini, di peringkat antarabangsa, sebenarnyabanyak orang tidak tahu tentang Sabah dan apa yangkami mampu tawarkan. Maka penting untuk kami tingkatkankebolehlihatan (daya tarikan industri) Sabah.
“Satu lagi adalah latihan. Jika kita mahukan pelaburan berkualiti tinggi, kita perlukantenaga kerja berkualiti tinggi, jadi kami bekerjasama dengan beberapa institut latihan untuk melatih rakyat Sabah, supaya mereka boleh menyumbang kepada industri yang akan kami ceburi seperti sektor hijau dan tenaga boleh baharu,” katanya kepadaIteenews di luar acara pameran perniagaan ‘The Business Show Asia’, di sini, hari ini.
Phoong berkata untuk menonjolkan daya tarikan industri Sabah, negeri itujuga akan memperkenalkan dua taman perindustrian baharu di Kota Belud dan Kimanis, selaintiga taman perindustrian sedia ada iaituTaman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), POIC Lahad Datu dan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
“Pembangunanini adalah sebahagian daripada strategi meluas kami untuk mengembangkan infrastruktur perindustrian kami dan menyokong kepelbagaian ekonomi dan perindustrian,” katanya sambil menambahpada 2022 dan 2023 Sabah meraih pelaburan berjumlah lebihRM11 bilion.
Pada acaraitu, Phoong menyaksikan permeteraian surat hasrat (LoI) antara Pusat Latihan Penerbangan (KATC) KKIP Sabah dan DroneDash Technologies dariSingapura untuk menjalin kerjasama dalam latihan dron bagi perkhidmatan penghantaran kargo.
Ketua Pegawai Eksekutif KATC Datuk Dr Mohd Dali Isa berkata melalui kerjasama pada masa depan, DroneDash akan menyediakan kepakarannya untuk melatih belia Sabah di KATC sebagai jurutera dron, juruteknik dan juruterbang mengendalikan dronberskala besar bagi pengendalian kargo.