Kredit: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah
KOTA KINABALU, 25 Feb (Iteenews) — Sabah hari ini mencatat sejarah dalam sektor pertanian apabila buat pertama kalinya berjaya mengeksport 15 tan Nanas MD2 hasil daripada Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)-Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di sini hari ini.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri DrJeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri berkata eksport ke luar negara itu menandakan kejayaanIPRINTAN dibawah program Usahawan Tani yang dikendalikan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).
"Penghantaran pertama ini akan diterima oleh syarikat Rompin Integrated Pineapple Industries (ROMPINE), membuktikan bahawa hasil pertanian Sabah kini mampu menembusi pasaran yang lebih luas.
“Sebagai negeri yang kaya dengan sumber pertanian, kita tidak boleh bergantung kepada satu jenis tanaman sahaja. Oleh itu, kerajaan negeri mengambil langkah strategik untuk memperkenalkan pelbagai jenis pertanian, termasuk tanaman Nanas MD2 yang berpotensi tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Eksport Pertama Nanas Segar MD2 Ke Luar Negeri di Pelabuhan Sepanggar di sini hari ini.
Projek penanaman Nanas MD2 berkenaan bermula pada2023 dengan peruntukan RM11.04 juta daripada Kementerian Ekonomi, diikuti tambahan RM16.58 juta pada tahun lepas bagi memperluaskan kawasan ladang.
"Kerajaan turut memperuntukkan RM4 juta untuk membangunkan Pusat Pengumpulan dan Pembungkusan Nanas di Kota Marudu danmemperkukuhkan rantaian bekalan. LIGS selama ini terkenal dengan peranannya untuk sektor getah, kini berjaya memperluaskan penglibatannya dalam sektor pertanian bernilai tinggi,’’ katanya.
Kejayaan ituadalah bukti bahawa LIGS bukan sekadar memajukan sektor getah tetapi juga berupaya membawa perubahan besar kepada pekebun kecil melalui pertanian moden.
“Kajian mendalam telah dijalankan untuk mengenal pasti potensi tanaman yang mampu memberikan pulangan tinggi, stabil di pasaran, dan sesuai dengan keadaan iklim serta tanah di Sabah… hasilnya, Nanas MD2 dikenal pasti sebagai tanaman yang paling sesuai untuk dibangunkan secara berskala besar,” katanya.