RUU Iltizam Banteras Rasuah, Lonjak Pertumbuhan PKS – SAMENTA

d28ca068b325bf7aa6c09f3178f5ef525e3e9ea2daa1a

KUALA LUMPUR, 26 Mac(Iteenews) –Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) berkata Rang Undang-Undang Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 (RUU Ilizam) akan membendung amalan rasuah dalam sektor awam selain menyediakan dorongan untukproduktiviti, pertumbuhan serta pengembangan kepadaperusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Persatuan itu melalui satu kenyataan hari ini berkata RUU Ilizam merangkumi langkah-langkah utama untuk mengukuhkan tadbir urus, ketelusandan akauntabiliti di seluruh entiti kerajaan.

"Antara peruntukan yang paling signifikan adalah yang bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi serta menggalakkan integriti dalam perkhidmatan awam,dua elemen kritikal dalam usaha membanteras rasuah.

"Peruntukan ini juga akan memacu kecekapan dan produktiviti, sekali gus menjana keuntungan yang lebih tinggi untuk perniagaan.

SAMENTA berkata RUU Iltizam secara langsung menangani isu ini dengan memperkenalkan mekanisme bagi mengurangkan beban peraturan terhadap perniagaan serta menanda aras keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan, ini akan meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan di semua peringkat kerajaan.

RUU ini akan membendung prosedur duplikat dan peluang untuk rasuah dengan memberi mandat ulasan berkala mengenai instrumen pengawalseliaan selain mengenakan keperluan pelaporan yang lebih ketat.

Penekanannya terhadap penanda aras prestasi yang jelas menetapkan tahap untuk pengawasan yang lebih kuat serta memupuk persekitaran yang mana PKS boleh berkembang tanpa menanggung kos tambahan atau risiko amalan rasuah, katanya.

Presiden SAMENTA, Datuk William Ng berkata rang undang-undang ini merupakan peristiwa penting dalam perjalanan Malaysia ke arahmenjadi negara yang lebih bersih, produktifdan kompetitifselepas rasuah tidak akan mampu mempengaruhi PKS dalam keadaan kekurangan sumber bagi menavigasi kerumitan proses yang didorong rasuah.

Beliau berkata undang-undang baharu ini secara langsung akan menangani cabaran utama PKS dengan mewujudkan garis panduan yang lebih mantap untuk akauntabiliti dan ketelusan.