MITI
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Iteenews) –Pelancaran semula rundingan bagiPerjanjian Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah-Malaysia (MEUFTA) merupakandetik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi antara kedua-dua pihak.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Pesuruhjaya Perdagangan Suruhanjaya Eropah menerusi satu kenyataan bersama hari ini berkata perjanjian perdagangan bebas yang moden dan dinamik akan membawa manfaat bersama, membuka pintu kepada peluang perniagaan baharu dan meningkatkandaya tahan rantaian bekalan.
“Rundingan ini dimulakan pada saat bersejarah. Dalam landskap geopolitik semasa yang kian berubah, adalah penting untuk membina perkongsian baharu, memupuk kerjasama dan meneroka peluang baharu.
“Kami mengalu-alukan rundingan pusingan pertama yang produktif dalam beberapa bulan akan datang,” kata Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Azizdan Presiden Pesuruhjaya Keselamatan Perdagangan dan Ekonomi Suruhanjaya Eropah, Maroš Šefčovič menerusikenyataan tersebut.
.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen, hari ini mengumumkan penyambungan semula rundinganMEUFTA yangditangguhkanpada 2012 selepasdilancarkanpada 2010.
Pengumuman tersebut dibuat bersempena lawatan kerja Perdana Menteri ke Brussels, Belgium pada 19 – 20 Januari 2025.
— BERNAMA