Ketua Pegawai Pemasaran McDonalds Malaysia, Chin Mei Lee (dua, kanan) ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina McDonalds, McDonalds Bandar Sri Damansara.
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Iteenews) — McDonald's Malaysia buat julung kali menganjurkan Rumah Terbuka Mekdi sempena Tahun Baharu Cina di cawangannyadi Bandar Sri Damansara dekat sini hari ini yang membawa keriangan dan kemakmuran kepada komuniti setempat.
Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia Chin Mei Lee berkata rumah terbuka itu dianjurkan bagi meraikan masyarakat yang sentiasa menyokong peneraju rangkaian restoran makanan segera terkemuka dunia itu.
“Selama ini, McDonald's telah membina hubungan erat dengan komuniti sekitar, jadi tahun ini kami melakukan lebih lagi dengan membuka acara ini kepada orang ramai untuk menikmati hospitaliti kami bersempena Kempen Kemakmuran.
“Kemakmuran bukan sekadar kekayaan material, tetapi juga mengenai hubungan dan persahabatan. Kami ingin memberi kembali kepada masyarakat yang telah menyokong kami selama ini danpercaya dalam mencipta detik-detik kegembiraan untuk semua," katanya kepada media di restoran McDonald's Bandar Sri Damansara.
Beliau berkata rumah terbuka yang penuh kemeriahan ini juga akan diadakan esokdi McDonald's Kota Laksamana, Melaka serta pada 9 Feb diMcDonald's Greenlane, Pulau Pinangbagi meraikan perayaan ini dengan pelbagai aktiviti menarik telah dirancang.
Selain itu, McDonald's Malaysia turut menawarkan set hidangan Prosperity Burger secara percuma kepada semua tetamu sebagai tanda penghargaan khas dari 6 petang hingga 7 malam di ketiga-tiga lokasi Rumah Terbuka Mekdi Tahun Baharu Cina.
Melalui Kempen Kemakmuran, McDonald's Malaysia berhasrat mencipta detik bermakna yang meraikan nilai kemesraan dan mengukuhkan hubungan dengan pelanggan serta komuniti.
Rumah terbuka yang diadakan di restorannya di Bandar Sri Damansara hari ini menampilkan pelbagai acara menarik, termasuk persembahan tarian singa, sesi 'Lau Sang' dengan kentang berlingkar McDonald's Prosperity Lou-Lou serta pertunjukan bunga api yang memukau.
Selama lebih sedekad, McDonald's Malaysia telah meraikan perayaan Tahun Baharu Cina dengan menyebarkan keceriaan melalui lawatan ke rumah kebajikan warga emas, namun tahun ini sambutan diperluaskan kepada pelanggan dan komuniti di lokasi terpilih.