Rugi Bersih Tahun Kewangan 2024 Supermax Naik Kepada RM175.03 Juta

ffcdc4b15cc46c6c8b4c621d6cbd2c8e5f98229cb6533Supermax Corporation Bhd

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Iteenews) –Kerugian bersih Supermax Corporation Bhd meningkat kepada RM175.03 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 daripada RM140.86 juta setahun lepas.

Hasil merosot dengan ketara kepada RM646.17 juta daripada RM821.09 juta pada tahun kewangan 2023.

Dalam makluman kepadaBursa Malaysia hari ini, Supermax berkata suku keempat mencatatkan kerugian bersih RM127.93 juta daripada keuntungan bersih RM1.41 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.

Penurunan itu disebabkan oleh beberapa caj sekali sahaja, termasuk kerosakan kilang dan jentera,acuan dan peralatan di kilang lama, yang telah menghentikan pengeluaran semasa suku keempatberjumlah RM27.1 juta.

Selain itu, peruntukan bagi stok bahan pembungkus yang lama dan usang serta inventori sarung tangan yang digred rendah di kilanglama yang berjumlah RM3.3 juta turut menyumbang kepada penurunan.

Hasil bagi suku keempatsusut kepadaRM179.64 juta berbanding RM222.60 juta kerana pasaran sedang pulihdaripada ketidakseimbangan permintaan dan bekalan akibat lebihan bekalan sarung tangan pada masa lepas, katanya.

Pengeluarsarung tangan itu berkata pasaran sarung tangan getah sedang mengalami pemulihan sederhanaapabila permintaan untuk sarung tangan getah perubatan dan pembedahan meningkat pada Mac walaupun keadaan lebihan bekalan semasa, yang dijangka seimbangmenjelang 2025.

Ia berkata peningkatan permintaan adalah disebabkan pelanggan menambahsemula stok mereka kerana stok yang dibeli ketika pandemik akantamat tempoh atau telah tamat tempoh.

"Dengan permintaan pada aliran menaik, harga juga dijangka meningkat tetapi masih belum kembali ke paras normal," katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *