RMK13: Kerajaan Komited Utamakan Dasar Pemboleh, Pacu Pertumbuhan Industri Utama

f8d502498d9b7f5c68d0e78ae5d9a69a67921195cfaf9Datuk Seri Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR,23 Jan (Iteenews) — Kerajaan komited untuk mengutamakandasar pemboleh berbanding campur tangan langsung dalam mendorong kreativiti dan pertumbuhan industri menerusi Rancangan Malaysiake-13 (RMK13), kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

Beliau berkata tumpuanakan diberikan kepada pemerkasaan ekosistem yang kukuh melalui sokongan dasar, peningkatan kecekapan, pembangunan bakat dan insentif struktural untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2028 atau 2029.

“Peranan kerajaan adalah membolehkan dan memudah cara, memungkinkan industri memanfaatkan kreativiti masing-masingdan berkembang dengan bebas, dan ini memerlukan dasar yang mengukuhkan keseluruhanekosistem,” katanya pada sesilibat urus terakhir dengan wakil industri bagi RMK13 di sini, hari ini.

— BERNAMA