RM17.9 Bilion Pelaburan Dari China Diluluskan Dalam Sektor Perkilangan – MITI

8d7eebcae5b1b1bfae8253a2f2784cc065688e858848b

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Iteenews) — Pelaburan bernilai RM17.9 bilion dari China telah diluluskandalam sektor perkilangan di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi tempoh 2023 hingga separuh pertama 2024.

Pelaburan itu melibatkan 110 projek yang diluluskan dan akan menjana 14,343 peluang pekerjaan baharu.

“Daripada jumlah tersebut, 54 projek (49.1 peratus) dengan pelaburan RM3.8 bilion telah direalisasikan, mewujudkan 5,303 pekerjaan.

“Ini merupakan pencapaian yang memberangsangkan memandangkan pelaksanaan projek perkilangan yang diluluskan lazimnya mengambil masa 18 hingga 24 bulan untuk direalisasikan, bergantung kepada skala projek dan keadaan ekonomi semasa,” menurut MITIdalamjawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

MITI menjelaskan sedemikian bagi menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang meminta MITI memaklumkan jumlah pelaburan yang telah direalisasikan setakat ini daripada anggaran pelaburan RM170 bilion dalam misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke China pada tahun lepas, serta butiran pelaburan itu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *