Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$116.4 Bilion Pada 31 Jan, 2025

261ec5d75b9b506a3ec8820f732729245e14644823727

KUALA LUMPUR, 7 Feb(Iteenews) — Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepadaUS$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025 daripadaUS$115.5 bilion pada 15 Jan, 2025, kataBank Negara Malaysia (BNM).

Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai bagi membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu merangkumi rizab mata wang asing(US$103.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa(US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas(SDR) (US$5.7 bilion), emas(US$3.3 bilion) and aset rizab lain(US$2.4 bilion).

Keseluruhan aset berjumlahRM620.88 bilion, merangkumi tukaran asing dan emas dan rizab lain, termasuk SDR (RM520.89 bilion), kertas kerajaan Malaysia(RM12.95 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.83 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.57 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion) dan aset-aset lain(RM51.02 bilion).

BNM berkata jumlahmodal dan tanggungan sebanyakRM620.88 bilion, merangkumi modal berbayar(RM100 juta), rizab(RM193.33 bilion), mata wang dalam edaran (RM177.92 bilion), deposit institusi kewangan(RM120.16 bilion), deposit kerajaan persekutuan(RM5.23 bilion), deposit-deposit lain(RM81.65 bilion), kertas-kertas Bank Negara (RM11.37 bilion), peruntukanSDR(RM28.18 bilion), and liabiliti lain (RM2.92 bilion).

— BERNAMA