Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Iteenews) — Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat, menjelang pengumuman data penggajian bukan perladangan (NFP) negara maju itu pada lewat hari ini, kata penganalisis.
Pada8.02 pagi, nilai ringgit meningkat kepada 4.4145/4300 berbanding dolar AS daripada paras 4.4250/4305 pada akhir urus niaga semalam.
Rakan PengurusanSPI Asset Management Stephen Innes berkata dolar AS menyaksikan penyusutan untuk hari ketiga berturut-turut, aliran yang tidak berlaku sejak September ketika peniaga memilih untuk mengurangkan kedudukan dolar ASmenjelang penguman data laporan NFP.
“Tindakan itu mungkin menandakan permulaan corak bermusim apabila pengeksport korporat dan tempatan meningkatkan aktiviti menjual dolar AS.
“Dinamik ini boleh menjadi lebih ketara, terutamajika Rizab Persekutuan AS memilih untuk mengurangkan kadar faedah pada Disember susulan potensi kenaikan kadar faedah Bank of Japan dan Bank Pusat Eropah," katanya kepada Iteenews.
Dalam masa semalaman, yuan China di luar pesisir juga mencatat kenaikan berbanding dolar AS yang lemah secara meluas.
Innes berkata kesemua gabungan faktor itu hanya menyuntik sokongan terhadap ringgit yang dibuka mengukuh, sekali gus membayangkan potensinyadi masa akan datang apabila pasaran mata wang global dan tempatan dilaras semula sebagai tindak balas terhadap perubahan landskap dasar monetari dan corak dagangan yang bermusim.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.