Ringgit Terus Kukuh Dipacu Pertumbuhan Ekonomi – Amir Hamzah

fe968d0101a20c0169ba00fc826087bb66f6ad9eeb747Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

SEPANG, 27 Sept (Iteenews) — Ringgit diunjurkanterus mengukuh,disokong usaha berterusan kerajaan untuk merancakkan ekonomi sekali gus merangsang lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.

"Apa yang kita pelajari kali ini, sekiranya ada usaha sama antara kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan Bank Negara Malaysia, kita boleh menstabilkan ringgit dalam apa-apa keadaan.

"Selagi Malaysia lebih kuat dari segi ekonomi, ringgit akan lebih mengukuh," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian 40 unit mesin pengimbas bagasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)di sini hari ini.

Amir Hamzah berkata prestasi ringgit terus mengukuh sejak kebelakangan ini berikutan perkembangan baik ekonomi negara, peningkatanpelaburan masuk ke negara ini dan pergerakan kadar faedah Amerika Syarikat.

"Ringgit masih mengukuh dan sedang mencari nilai imbang yang sepatutnya," katanya sambil memaklumkan mata wang itu turut mengukuhberbandingmata wang utama lain di rantau ini.

Ringgit hari ini ditutup kepada4.12 berbanding dolar AS sekali gus muncul antara mata wang berprestasi terbaik di peringkatdunia.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *