Ringgit Susut Sedikit Berbanding Dolar AS Ketika Ditutup

4a3e557d3bb4ad5cf8e5fdd1d158967a65d4b30fc20b1

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Iteenews) –Ringgit susut sedikit ketika ditutup pada Jumaat selepas mencatatkan peningkatan berturut-turut sejak beberapa hari lepas, susulan konsolidasi dan pengambilan untung.

Pada 6 petang, mata wang tempatan turunkepada 4.3185/3225 berbanding dolar AS daripada 4.3080/3140 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mencatatprestasi baik pada Ogos berikutan keyakinantinggi dalam kalangan pelabur asing.

“Penilaian semula yang lebih baik daripada bank pelaburan global utama turut menyumbang lebih banyak aliran masuk ke pasaran ekuiti, memperlihatkanpermintaan terhadap ringgit semakin meningkat,” katanya kepada Iteenews.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, data perbelanjaan penggunaan peribadi Amerika Syarikat (AS) akan dikeluarkan malam ini tetapi dijangka tidak menjadi pencetus perubahan yang nyatakepada dolar AS.

"Berikutan menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang AS dan cuti hujung minggu yang panjang sempena Hari Pekerja AS tidak lama lagi, beberapa konsolidasi dijangka berlaku," katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama semasa ditutup pada Jumaat.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9754/9784 daripada 2.9811/9855 semalam tetapi berkurangan berbanding euro kepada 4.7862/7906 daripada 4.7789/7855 sebelum ini dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.6939/6992 daripada 5.6835/6915.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *