Ringgit Mengukuh Susulan Penurunan Kadar AS, Prospek Positif Ekonomi Malaysia – BNM

58dad05f152a4b4c64fcc2a15f2ab40661164c4e6589c

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Iteenews) — Ringgit meningkat dengankukuhberbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakankadar faedah yang lebih jelas dinegara maju, terutamanyaAmerika Syarikat (AS), kataBank Negara Malaysia (BNM).

Timbalan Gabenor BNM Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata perbezaan kadar faedahyang lebih mengecil dengan AS akan menyokong aliran masuk portfolio, terutamanya memandangkan prospek ekonomi Malaysia yang positif.

“Landskap domestik juga agak positif. Pembaharuan struktur kerajaan yang berterusan, rasionalisasi subsidi dan peningkatan perlindungan sosial menawarkan peluang untuk meneruskan perubahan yang bermakna.

“Selain itu, tindakan terselarasantara kerajaan dan BNM, yang telahpun membantu keseimbangan aliran (dana) yang lebih baik, akan diteruskan dan ini akan memberikan sokongan kukuh terhadapringgit.

“Apa yangpenting, pembaharuan struktur secara berterusan oleh kerajaan, ditambah dengan prospek ekonomi yang bertambah baik, akan terus mengekalkan minat global untuk melaburdi Malaysia,” katanya pada Forum Asia IFN 2024, di sini, hari ini.

Ahmad Zaylani berkata Malaysia memberi fokus utama terhadap kemampanan dan menetapkan matlamat dan rancangan untuk mengoptimumkan struktur sukuk yang pelbagai bagi membiayai peralihanlancar kepada ekonomi mampan, terutamanya untuk pasaran sedang pesat membangun.

Menurutnya, di Asia, dianggarkan US$1.7 trilion diperlukan setiap tahun bagi pembangunaninfrastruktur dengan jurang ketaraUS$800 bilion dalam pembiayaan iklim terutamanya dalam tenaga boleh baharu.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, lebih US$138 bilion diperlukan untuk memenuhi sasaran sifar bersih menjelang 2050, dua kali ganda berbandingpelaburan pada masa ini.

“Hasil kerajaan sahaja tidak dapat memenuhi keperluan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *