Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Iteenews)– Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah pengukuhanIndeks Dolar AS ketika pihak Rizab Persekutuan negara maju itu membayangkan kemungkinan menangguhkan kitaran pengurangan kadar faedah.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.4550/4650 berbanding dolar AS yang mengukuh daripada paras 4.4560/4600 di akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd DrMohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Fed menerusi minit-minit mesyuaratnya mendedahkan persetujuan bersama dalam kalangan anggota bank pusat AS itu bahawa pelonggaran dasar monetari merupakan hala tuju pilihan dan pelarasan dasar sebaliknya dilaksanakan secara berhati-hati.

“Mereka kekal berwaspada terhadap risiko peningkatan inflasi walaupun mengakui wujudnya tanda-tanda pasaran tenaga kerja yang lebih perlahan.

“Berikutan itu, keputusan kadar faedah itu akan kekal bergantung kepada data dengan tiada perancangan awal untuk menentukan tahap pengurangan itu,” katanya kepada Iteenews.

<!––>

Mohd Afzanizam juga menyifatkan pendekatan Fed akan menjurus kepada penangguhan dalam kitaran pengurangan kadar faedah utama AS yang menyumbang kepada pengukuhan DXY melebihi 107 mata, sekali gus menunjukkan tiadakeperluan mendadak untuk menurunkan kadar berkenaan.

“Sejajar dengan senario sedemikian, kita boleh menjangkakan ringgit diniagakan dalam julat lebih kecil dengan cenderung untuk susut,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.