KUALA LUMPUR, 2 April(Iteenews) — Ringgit mengukuh sebanyak 0.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
Dalam laporan Tinjauan Ekonominya hari ini, bank pelaburan itu berkata pada bulan Mac, mata wang tempatan itu mengukuh 0.6 peratus berbanding dolar AS dari segi bulan ke bulan dan mengakhiri bulan berkenaan pada 4.434 (berbanding 4.463 sebelumnya).
Sebahagian daripada kelemahan prestasi dolar AS itu didorong oleh sentimen pasaran hadapan yang cenderung ke arah penurunan pertumbuhan atau jangkaan berlakunya kemelesetan di negara maju itu.
“Ringgit khususnya mengukuh dalam awal bulan dan mengukuh kepada4.41 menjelang 7 Mac, 2025 susulan penyusutan dolar AS,” katanya.
Indeks Dolar AS (DXY) turun 3.2 peratus bulan ke bulan kepada 104.21 yang juga bulan kedua mencatat prestasi lemah.
Secara purata, DXY juga susut sebanyak3.0 peratus bulan ke bulan kepada104.13 (Februari : 107.32).
Dalam pada itu, bank pelaburan itu walaupun ia memberi penilaian positif terhadapprestasi ekonomi Malaysia, penurunan ringgit terutamanya disebabkan olehaliran keluar modal berikutan perbezaan kadar faedah berterusan antara Malaysia dan AS.
MIDF juga mengunjurkan ringgit terus mengukuh sejajar dengan jangkaan tindakan Rizab Persekutuan AS (Fed) meneruskan langkah kelonggaran dasar monetarinya pada lewat tahun ini.
“Namun,kadar pengurangan kadar yang memberi kesankenaikan ringgit berkemungkinan lebih terhad susulan prospek inflasi yang tinggi di AS.