Ringgit Ditutup Tinggi Susulan Permintaan Merosot Terhadap Dolar AS

0b6eafc398a917cce6970b30a62794b865d4b322a47b4

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Okt(Iteenews) — Ringgit meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS susulan permintaan merosotterhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3405/3450 berbanding dolar AS daripada paras penutup4.3455/3510 pada Khamis.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran terusterkawal ketika dunia bersiap sedia menunggupilihan raya presiden AS dalam tempoh kurang daripada dua minggu lagi.

"Persaingan antara Kamala Harris (calon Parti Demokrat) dan Donald Trump (calon Parti Republikan) sangat sengit, terutamanya dinegeri-negeri yang menjadi penentu penting kepada keputusan pilihan raya," katanya kepada Iteenews.

Pada penutup dagangan,ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada2.8554/8586 daripada 2.8589/8627 pada Khamis tetapi susut berbanding pound Britain kepada5.6348/6407 daripada5.6331/6402 dan turunberbandingeuro kepada4.6977/7026 daripada4.6918/6978 sebelumnya.

Sementara itu,ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan meningkat berbanding peso Filipina kepada7.44/7.45 daripada7.49/7.51 pada Khamis dan naik berbanding dolar Singapura kepada3.2870/2907 daripada3.2928/2972.