Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

4a3e557d3bb4ad5cf8e5fdd1d158967a65d4b30fc20b1

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Mac(Iteenews) — Ringgitditutup rendah berbanding dolar AS pada Jumaat, menjelang data indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) untuk Februari, yang dijangka dikeluarkan hari ini.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.4330/4355 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4340 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran mata wang bercampur-campur menjelang laporan inflasi PCE AS, dengan ringgit mencatatkan dagangan jajaran kecil.

“USDMYR bergerak dalam julat RM4.4268 hingga RM4.4340. Sementara itu,USDIDR naik kepada 16,558 rupiah setiap dolar AS kemungkinan disebabkan campur tangan Bank of Indonesia,” katanya kepada Iteenews.

Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.7761/7788 daripada 4.7720/7763 semalam, rendah berbanding yen Jepun kepada2.9438/9456 daripada 2.9351/9380 dan susut berbanding pound kepada 5.7407/7440 daripada 5.7236/7287.

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3040/3061 daripada 3.3060/3094 sebelum ini,mengukuh berbanding baht Thailand kepada13.0390/0533 daripada 13.0678/0854, bagaimanapun merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 267.7/267.9 daripada 267.4/267.8.