Ringgit Dijangka Lemah Semasa Dagangan Lengang Minggu Depan

4a3e557d3bb4ad5cf8e5fdd1d158967a65d4b30fc20b1

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Iteenews) –Ringgit dijangka menunjukkan penurunanminggu depan ketika tempoh terakhirdagangan tahun inidan permulaan dagangan2025, dengan pergerakan mungkin berada dalam julat antara 4.47 hingga 4.50.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata mata wang negaraAsia, termasuk ringgit, akan menghadapi tempoh daganganberhati-hati kerana peserta pasaran mengambil petunjuk daripadaisyarat yang tidak menentudan kebimbangan geopolitik semasa ketikaminggu dagangan lembap.

Beliau berkata dolar Amerika Syarikat (AS) cenderung mengalami kelemahansecara bermusim pada masa ini namun, tarif yang kemungkinan besar dikenakan oleh Presiden dipilih ASDonald Trump, telah mewujudkanketidakpastian tambahan.

“Secara tempatan, pelabur juga mengekalkan sikap berhati-hati berikutan kebimbangan terhadap isu-isu ekonomi China, terutama penerbitan bon khas US$411 bilion yang dijadualkan tahun depan dan potensi kesannyaterhadap permintaan pengguna.

“Ketidaktentuan ini telah menjejaskan ringgit,” katanya kepada Iteenews.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan turut menjangkakan pergerakan ringgit yang lebih rendah minggu depan berikutan jangkaanpendekatan berhati-hati Rizab Persekutuan AS.

Beliau berkata jangkaan pasaran mengenai hanya dua kali pengurangan kadar faedahAS pada 2025 akan menyokong dolar AS.

“Menjelang 2025, mata wang negara Asia diunjurkan lemahberbanding dolar AS dalam tempoh enam bulan pertama, didorong oleh reaksi pasaran terhadap pemilihan semula Trump dan jangkaantarif perdagangan.