Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Keadaan Berhati-hati Minggu Depan

4a3e557d3bb4ad5cf8e5fdd1d158967a65d4b30fc20b1

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 11 Jan(Iteenews) –Ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dengan pelabur berhati-hati menjelang laporan inflasi AS serta beberapa siri ucapan oleh pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dijadualkan sepanjang tempoh tersebut.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan akan diberikan kepada kadar inflasi AS, dengan Indeks Harga Pengeluar akan dikeluarkan pada Selasa dan Indeks Harga Pengguna pula pada Rabu.

“Sepanjang tempoh itu, akan ada beberapa ucapan oleh pegawai Fed di majlis awam yang akan memberi lebih banyak gambaran tentang bagaimana Fed akan mengendalikan dasar mereka tahun ini.

"Berdasarkan data dan ulasan semasa daripada pegawai Fed, nampaknya Kadar Dana Fed akan dikekalkan pada 4.50-4.75 peratus apabila ahli-ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bersidang semula pada 28-29 Januari," katanya kepada Iteenews.

Pada minggu ini, prospek ekonomi globalmelalui data seperti pekerjaan AS yang positif dan Indeks ISM untuk sektor bukan perkilangan,terus memberikan sokongan kepada dolar AS, yang memberi kesan kepada prestasi ringgit.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit menambah nilai berbanding dolar AS kepada 4.4945/5000 daripada 4.4975/5030 pada minggu lalu.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding poundBritainkepada 5.5296/5364 daripada 5.5800/5869 pada akhir minggu sebelumnya dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8461/8497 daripada 2.8606/8643. Bagaimanapun, ia jatuh berbanding euro kepada 4.6298/6355 daripada 4.6288/6345 sebelumnya.