Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Iteenews) –Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini dalam persekitaranpeniaga menunggu maklumatlanjut mengenai pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
Pada 8pagi, ringgit berada pada 4.4500/4700berbanding dolar US daripada 4.4640/4680semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul RashidberkataS&P 500 dan Nasdaq jatuh mendadak semalaman, masing-masing turun 1.76 peratus dan 2.64 peratus ketika AS bersedia untuk mengenakan tarif import lebih tinggi terhadapKanada, Mexico dan China mulai hari ini.
“Walaupun Indeks Pembuatan ISM AS kekal stabil pada 50.3 mata pada Februari daripada 50.9 pada Januari, sub-indeks pesanan baharu jatuh mendadak kepada 48.6 daripada 55.1, mencerminkanpermintaan rendah yang boleh membawa kepada kemerosotan pengeluaran,” katanya kepada Iteenews.
Beliau berkataindeks dolar AS susut0.98 peratus kepada 106.557 kerana petunjukekonomi AS yang perlahan meningkatkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin menurunkankadar faedah untuk menstabilkan pertumbuhan.
"Selain itu, sokongan pemimpin Eropah terhadap Ukraine berkaitan jaminan keselamatan juga telah meningkatkan sentimen risiko pada tahap tertentu," tambahnya.
Berdasarkan faktorini, beliau berkata USD/MYR diunjurkanberlegar di sekitar paras sokongan segera pada 4.45.
Sementara itu, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dalam dagangan awal.