Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

e97449875f656ee28a9bfe6da0728c5b600b8afe15a57

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Iteenews) –Ringgitdibuka tinggi berbanding dolar US pagi iniwalaupun kekuatan mata wang Amerika Syarikat (AS)didorong oleh jangkaan mengenaidasar perdagangan pentadbiran Amerika Syarikat (AS).

Pada pukul 8 pagi, ringgit naikkepada4.4665/4715 berbanding dolar US daripada4.4670/4715 ketika ditutup semalam.

Dalam menjangkakan keadaan sebelum dagangan, peniaga menjangkakan ringgit akan diniagakandalam jajajaran kecilhari ini disebabkan pasaran pertukaran asing global kekal lemah berikutan musim cuti ketika ini dan ketiadaan data makroekonomi yang ketara.

Aktiviti pasaran mungkin akan kekal lengangsebelum cuti Tahun Baru minggu depan.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata mata wang tempatan dibuka lebih kukuh, seiringdengan Indeks Dolar Asia susulan data tuntutan pengangguran awal AS dikeluarkan malam tadi.

"Data itu menunjukkan penurunan berterusan, Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin akan menurunkankadar faedah pada 2025, seterusnya akan melemahkan dolar US," katanya kepada Iteenews.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada2.8310/8345 daripada2.8373/8405 ketika ditutup pada Khamis dan meningkat berbanding pound Britain kepada5.5956/6019 daripada5.5967/6023, bagaimanapun merosot berbandingeuro kepada4.6550/6602 daripada4.6448/6495.