Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Iteenews) — Ringgit dibuka tinggi hari ini selepas Amerika Syarikat (AS) mengelak daripada menutup operasi kerajaan, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang lebih baik, membawa kepada dolar AS yang rendah.
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4395/4500 berbanding dolar AS daripada 4.4410/4455 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data ekonomi AS yang lemah turut menyumbang kepada sentimen positif terhadap mata wang tempatan hari ini.
Dilaporkan indeks sentimen penggunaUniversity ofMichigan merosot dengan ketara kepada 57.9 mata pada Mac.
“Ini merupakan penurunan untuk bulan ketiga berturut-turut dan terendah sejakNovember 2022.
“Ini menunjukkan pengguna AS dijangka berbelanja dengan berhati-hati berikutan harga barangan, terutamanya barangan import, berkemungkinan akan meningkat susulan langkah tarif yang dikenakan ke atas Kanada, Mexicodan China,”katanya, sambil menambah ini bolehmenjadi alasan Rizab Persekutuan (Fed) yang mungkin mahu mempercepat penurunan kadar faedah pada tahun ini.
Selain itu,Mohd Afzanizam berkata peniaga dan pelabur akan memantau mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan berlangsung selama dua hari bermula pada 18 Mac.
Katanya walaupun Kadar Dana Persekutuan(FFR) dijangka kekal pada 4.50 peratus, unjuran untuk FFR, inflasi, pertumbuhan dan kadar pengangguran akan menjadi fokus utama.