Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Iteenews)– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh, disokong oleh pasaran tenaga kerja AS yang lebih baik dan ekonomi yang kukuh, kata penganalisis.
Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5100/5185 berbanding dolar AS daripada 4.4945/5000 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran tenaga kerja AS kekal berdaya tahan, dengan data senarai gaji bukan ladang yang terkini melebihi jangkaan.
Disember menyaksikan tambahan 256,000 pekerjaan, mengatasi anggaran konsensus sebanyak160,000.
“Gabungan dasar yang tidak pasti di bawah Trump 2.0 dan ekonomi AS yang kukuh menunjukkan permintaan tinggi terhadap dolar AS.
“Hasil positif memberikan gambaran bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS tidak akan kehilangan kawalan terhadap dasar monetari, menjadikan penurunan kadar faedah seterusnya semakin mencabar,” katanya kepada Iteenews.
Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) kini berada pada paras tinggi pada 109.706 mata.
“Ini adalah paras tertinggi sejak September 2022, tempoh ketika Fedaktif menaikkan kadar faedah.