Ringgit Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

4a3e557d3bb4ad5cf8e5fdd1d158967a65d4b30fc20b1

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Iteenews) — Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) pada Jumaat lepas, menurut ahli ekonomi.

Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY merosot kepada 107.621 mata selepas melebihi 108 mata pada Jumaat lepas.

“Inflasi PCE pada November yang lebih rendah daripada jangkaan, yang susut kepada 2.4 peratusdigabungkan dengan kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS), mendorong peniaga untuk mengambil keuntungan daripada dolar AS.

“Berdasarkan ini, ringgit boleh mencatat prestasi yang baik berbanding dolar AS hari iniberikutan jualan pada minggu lepas yang agak berlebihan,”katanya kepada Iteenews.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada2.8749/8809 daripada 2.8747/8779 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding pound kepada 5.6578/6691 daripada 5.6328/6384. Ia turut susut berbanding euro, diniagakan pada 4.6959/7053 daripada 4.6776/6823 sebelum ini.

Ringgit bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.